Wednesday, 13 November 2024

JADILAH ORANG YANG MENCINTAI DIRI SENDIRI

Mencintai diri sendiri merupakan sumber motivasi dan inspirasi yang dapat membantu seseorang untuk yakin dengan diri sendiri dan kuat menghadapi cabaran kehidupan sehari-hari. Mencintai diri sendiri bukanlah tindakan ego sombong, melainkan sebuah penghargaan seseorang kepada dirinya sendiri.

Mencintai diri sendiri adalah perkara utama menuju kebahagiaan hidup yang sejati. Hanya orang yang menghargai diri sendiri dan mencintai dirinya dapat melahirkan bangsa dan negara yang kuat. Apakah yang dikatakan dengan Mencintai diri sendiri? 

Pertama, Iaitu memastikan diri sendiri beriman kepada Tuhan yang sebenarnya. Adat manusia apabila ditimpa kesusahan, maka mereka mencari jalan kepada Tuhan berdoa dan berharap hidupnya dipermudahkan dan bahagia. Pernahkah anda terfikir, selama ini hidup dirundung malang kerana tersalah Tuhan ? Orang yang mencintai diri sendiri akan berusaha mengenal Tuhan yang sebenarnya, iaitu ALLAH Tuhan yang Maha Esa tiada Tuhan Lain selain ALLAH.

Kedua, Hidup ini perlu dipimpin. Seseorang yang mencintai dirinya sendiri akan berusaha untuk hidup dengan panduan kehidupan yang benar, lurus, berjaya dan penuh kebaikkan. Sejatinya manusia yang menghargai dirinya sendiri akan hidup bertemankan ajaran kitab mulia, disana terdapat banyak kitab, namun ALLAH berfirman Taurat dan Injil telah diubah Syaitan, kepada Al-Quran ALLAH berjanji kandungan nya tidak boleh diubah sesiapa pun. Oleh itu jadikanlah AL-Quran sebagai panduan hidup.

Ketiga, Orang yang mencintai dirinya sendiri akan memastikan dia mampu hidup atas kaki sendiri, tidak perlu bergantung hidup pada orang lain, bagai melukut ditepi gantang, hidup menghina pada manusia. Oleh itu hendaklah dia berusaha untuk menjadi seseorang yang mempunyai cita-cita untuk berjaya, mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, mempunyai kerjaya dan pendapatan, selanjutnya mempunyai rumah sendiri, kereta sendiri, dan wang simpanan untuk membeli baju dan makanan serta lain-lain.

Keempat, Orang yang mencintai diri sendiri hendaklah mencipta kebahagiaan dalam kehidupannya sebagaimana yang dia impikan. Anda ingin bahagia, jangan berharap orang lain membahagiakan anda. Ciptalah kebahagiaan itu untuk anda sendiri. Anda harus tahu minat anda, contohnya jika suka memasak hadirkan diri dikursus masakkan, terlibat dengan program masakkan. Anda suka menyaksikan alam, sisihkan sebahagian duit simapanan untuk perlancongan dan sebagainya.

Jadilah diri sendiri kerana Jika anda ingin menjadi orang lain, maka diri anda akan hilang dari bumi. Hargai diri sendiri, maka anda temui cinta sejati.

-Oleh Founder Najlaa


Tuesday, 5 November 2024

PPRODUK PENJAGAAN BAYI NAJLAA

Whether you're a new mom seeking a vitamin rich skincare products for your baby, or an experienced mom looking to relieve symptoms of dry itchy skin, diaper rash or eczema, the Najlaa' Baby Skincare Products are specially formulated with green and natural products to help nourish, soothe and protect baby's sensitive skin.



PRODUK PENJAGAAN BAYI NAJLAA: 

Di design khas untuk semua jenis kulit bayi, normal ataupun sensitif. Menggunakan Minyak Kelapa Dara, Herba asli, Extrak Gamat dan sebagainya. Pendekatan yang " Green and Natural from the Very Start and Baby Friendly". Produk Muslim dan Halal.


SERUM COLLAGEN
=========
*FUNGSI*
=========
💖 Penjagaan rapi kulit allergy dan eczema
💖 Mengecutkan jerawat
💖 Memudarkan jeragat
💖 Melembapkan kulit kering
💖 Merawat psoriasis
💖 Menghaluskan & melembapkan kulit
💖 Menghilangkan kedutan, anti penuaan
💖 Memulihkan & melembutkan kulit yang kering & kasar
=============
*CARA GUNA*
=============
Sapu pada kulit dan muka 2x sehari. Tak perlu guna banyak, dap dap dap sahaja dan sapu keseluruhan kulit dan muka



HERBAL OIL
==============
*KANDUNGAN* :
==============
Diperbuat dari herba asli seperti :
✅ Halia 
✅ Buah pala
✅ Serai wangi
✅ Dedaun herba                                                                                                                                  
✅ Minyak kayu putih dan pelbagai essential oil 

=============
*KEGUNAAN* :
=============
Perlindungan kepada bayi dari _TANGISAN BERPANJANGAN_ (sawan tangis)
Membantu merawat perut kembung & selsema
Digunakan untuk urutan bayi dan sengal-sengal badan
Menghangatkan badan bayi selepas mandi
Ubat tahan sakit, mengurangkan radang dan kesakitan
Menangani Morning sickness



ESSENCE RUB
==============
*KEGUNAAN* :
==============
1) Membantu masalah kaki pecah
2) Memulihkan mabuk dlm perjalanan
3) Membantu masalah demam selsema
4) Mengurangkan kesakitan dan keradangan
5) Membantu masalah pernafasan
6) Membantu masalah batuk, dgn melonggarkan kahak dan mencairkan secara semulajadi
7) Bersifat anti rheumatiod. Mengurangkan sakit sendi
8) Meningkatkan konsentrasi, minda lebih segar
9) Mengurangkan rasa gatal gatal akibat allergy atau ruam
10) Melegakan sakit kepala
11) Mengurangkan tekanan dan kerisauan
12) Membuka rongga hidung, membolehkan kita boleh bernafas lebih dalam segar
13) Mengurangkan bengkak dan benjol
14) Mereda gigitan dan sengatan serangga
15) Menangani masalah resdung, mengurangkan rasa gatal gatal



SOOTH CREAM (HERBAL)
==============
*KEGUNAAN* :
==============
Membantu menangani masalah ■ eczema ■ Ruam lampin ■ Gatal-gatal ■ Alahan kulit ■ Kudis ■ Panau ■ Kayap ■ Cagu 9 ■ Ruam chickenpox ■ HFMD ■ Kurap ■ Anti penuaan ■ Tumit Kaki pecah ■  Sunburn ■ Terbakar, Melecur ■ Terluka ■ Ketuat ■ Jeragat ■ Meningkatkan kolagen kulit ■ Melembap kulit kering

===========
*CARA GUNA* :
===========
Sapu kan dibahagian kulit bermasalah, sehingga menyerap ke dalam.
Kulit NORMAL boleh terus sapu herbal cream pada area kulit bermasalah
Kulit KERING, perlu lapiskan dahulu kulit dengan pelembao seperti Gel pelembap, minyak olive atau VCO, kemudian sapu herbal cream. Kekerapan sapuan mengikut keperluan pesakit. Sekurang-kurangnya 2x sehari



NOURISH LOTION
=========
*FUNGSI*:
=========
🍥 Untuk menjaga kesihatan, kelembapan dan kecantikkan kulit.
🍥 Bertindak dengan menganjalkan kulit secara semulajadi
🍥 Memudarkan parut serta cela, Memudarkan vericose vein & strecthmark
🍥 Menghalau nyamuk
🍥 Tinggi Vitamin E, menjadikan ia anti-penuaan berkuasa
============
*CARA GUNA*:
============
Sapu pada kulit selepas mandi 2x sehari. Guna bila perlu



NUTRIEN OIL
======================
*KANDUNGAN & FUNGSI*
======================
✅ *Minyak Kelapa Dara* - pelembap berkesan dan melambatkan kedutan di samping mencantikkan kulit. Untuk rambut minyak kelapa dara menyerap kedalam folikel, menggalakkan pertumbuhan rambut serta anti kelemumur. Ia juga memelihara rambut dari "split end/breakage"
✅ *Vitamin A* - Menyempurnakan proses fisiologi kulit untuk menggalakkan pertumbuhan kulit yang lebih sihat & berseri
✅ *Vitamin E*- Antioksida, antipenuaan, menghilangkan parut & kedutan
✅ *Sakura Extract*- Memberi kesan wangi yang lembut & semulajadi
✅ *Minyak zaitun*- Minyak Zaitun kaya dengan biotin, niacin, Vitamin E dan D. Menjadikan ia Pelembap kulit semulajadi dan Membantu rambut tumbuh subur.
✅ *Minyak Argan*-Minyak argan merupakan minyak "emas" atau sebagai "liquid gold" dikalangan wanita Eropah kerana khasiatnya yang menakjubkan untuk kecantikan kulit, rambut, kuku dan bersifat anti-aging semulajadi terbaik.
✅ *Minyak Bunga Matahari*-Mengandungi Vit ABC dan E serta kalsium potassium dan Zat Besi. Menguatkan rambut dan mengelakkan keguguran serta menggalakkan pertumbuhan 
✅ *Minyak Biji Anggur*-Mengandungi linoleic acid, protein, mineral dan Vit E yg membantu penumbuhan rambut yg sihat. Antipenuaan, Collagen booster dan menyembuhkan luka

======================
*CARA GUNA*
======================
Sapukan pada kulit dan rambut.
Untuk penggunaan rambut sepanjang Hari:  👉 Sapukan pada rambut tanpa mengenai kulit kepala.
Untuk rawatan rambut :  👉 Sapukan minyak pada rambut sehingga kulit kepala. Urut-urut kepala dengan minyak. Biarkan 1-2jam. Cuci dengan shampoo



FRESH SOAP
======================
*FUNGSI FRESH SOAP*
======================
■ Untuk meningkatkan nilai kesihatan & kecantikkan diri
■ Sesuai untuk mandian si manja & pesakit kulit seperti ekzema, kudis, kulit kering
■ Sesuai juga untuk kulit muka/badan yang berjerawat & berparut
==============
*CARA GUNA*
==============
Untuk BAYI👉 Potong sebahagian sakura soap masukkan kedalam botol, tambah air. Goncang Biarkan larut. Guna untuk cuci kepala dan badan bayi. 2x sehari
Untuk DEWASA 👉 Sabunkan muka dan badan seperti sabun biasa. 2x sehari. Cuci muka sebelum tidur juga.



KUNYIT HITAM BALM
=============
*FUNGSI*
=============
Digunakan seperti pilis, disapu pada dahi wanita dalam pantang
Membantu mengurangkan symptom asthma
Melancarkan peredaran darah
Memulihkan mabuk dlm perjalanan
Membantu masalah demam selsema
Mengurangkan kesakitan dan keradangan
Membantu masalah batuk, dgn melonggarkan kahak dan mencairkan secara semulajadi
Bersifat anti rheumatiod. Membantu mengurangkan sakit sendi
Mengandungi herba bersifat Penahan sakit semulajadi yg berkesan
Bersifat anti mikroorganism. Membantu masalah jangkitan kulit
Membantu melegakan sakit kepala
Mengurangkan tekanan dan kerisauan
Membuka rongga hidung, membolehkan kita boleh bernafas lebih dalam segar
Membantu mengurangkan bengkak dan benjol
Mereda gigitan dan sengatan serangga
Membantu mengurangkan masalah resdung, mengurangkan rasa gatal gatal



MULTI WASH (SHOWER BATH)
=============
*KEGUNAAN* :
=============
- Kulit kering
- Eczema - Allergik
- Cantikkan kulit
- Melembap dan melembutkan kulit secara semulajadi
======================
*CARA GUNA*
======================
- Guna untuk mandi 
- Boleh juga utk cuci muka
- Guna untuk cuci tangan kulit sensitif
1) Guna 3-5 titis sahaja untuk memandikan bayi.
2) Boleh digunakan sebagai sabun badan dan shampoo kepala.
3) Elakkan terkena mata





(Get  Products Najlaa Today for Your Precious One )

Sunday, 8 September 2024

ADAB ZIARAH

 ADAB ZIARAH/ BERTAMU

Ucap lah salam. Berjabat tangan dengan mesra dan senyuman. Datanglah dengan niat yang baik untuk menyambung silaturahim atau datang untuk menggembirakan orang. Jika mendapat undangan, penuhi lah undangan tersebut. Rasul, “Barangsiapa yang diundang maka datangilah!” 

Tidak masuk sebelum diizinkan. Bahkan meskipun rumah itu adalah kerabat terdekat kita sekali pun. Hendaknya kita selalu meminta izin dulu sebelum masuk ke rumah seseorang.Dan perhatikan batas waktu, jika terlalu lama dikhawatirkan membebankan tuan rumah.

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali bila kamu diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak makanannya! Namun, jika kamu diundang, masuklah! Dan bila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa memperpanjang percakapan! Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi. Lalu, Nabi malu kepadamu untuk menyuruh kamu keluar. Dan Allah tidak malu menerangkan yang benar.”  (Qs. Al Azab: 53)


ADAB TIDUR

ADAB TIDUR

  1. Pertama, tidak tidur sebelum melakukan solat Isya. Hendaknya kita melakukan solat Isya terlebih dahulu sebelum tidur. 
  2. Kedua, adalah baik sekiranya mengambil wudhu sebelum tidur. 
  3. Ketiga, membaca doa sebelum tidur. Dan baik sekiranya membaca’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas) ditiup pada telapak tangan dan diusapkan ke seluruh badan, dengan niat meminta perlindungan dari Allah

ADAB MUZAKARAH

 ADAB MUZAKARAH

  1. Perbincangan berpaksikan kepada kebenaran,tidak mengandung keraguan.  
  2. Disampaikan dengan penuh sopan, berakhlak dan beradab, menjadikan lebih mudah untuk diterima oleh orang ramai. 
  3. Menuntut setiap ahli muzakarah agar bersifat rendah diri dan jauh dari segala sifat sombong dan menunjuk-nunjuk. 
  4. Amalkan sikap keterbukaan kepada perbezaan pendapat, tidak taksub atau fanatik kepada pandangan sendiri merasakan diri paling benar.  
  5. Bersikap berlapang dada kemungkinan ada yang kita percaya tidak benar, saling hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. 
  6. Dan Adil janganlah hanya pihak yang dominan bersuara, beri peluang dan galakkan kepada yang lemah, diam untuk menyatakan pandangan.

ADAB MENUNTUT ILMU

ADAB MENUNTUT ILMU

Niatkan semua ilmu yang akan kamu pelajari hanya karena Allah. Ketika menuntut ilmu hendaknya kita bersungguh-sungguh menghindari perasaan malas dan mudah jemu , dengan menggunakan segala masa dan ruang untuk menimba ilmu dan mengulangkaji. Jauhi dari perkara-perkara yang melalaikan.

Banyak sekali orang berilmu yang justru menjadi sombong, hendaklah tetap menjadi pribadi yang rendah hati. Hendaklah menghormati guru, kerana mereka adalah orang yang berkorban diri untuk mendidik. Pilihlah teman teman yang membawa rahmat. Janganlah berbalah dan berhujah dengan guru mahupun teman, melainkan bertanya untuk menambah pemahaman. 

Diam ketika guru atau ustadz menjelaskan dan memberi sepenuh perhatian. Hafal lah ilmu tersebut agar lebih mudah diingat. Mengamalkan ilmu yang dipelajarinya. Setelah mengamal dan mendapati faedah faedah dan manfaatnya, maka sebarkanlah kebaikkan ilmu tersebut, supaya bermanfaat kepada orang lain.


ADAB MAKAN

ADAB MAKAN

Kita dilarang untuk mencela makanan. Jika kita memang tidak menyukai makanan tersebut, maka hendaklah meninggalkannya dibandingkan memakan tapi mencelanya.

Sebelum makan hendaklah membaca doa: 

اَللَّهُمَّ باَرِكْ لَناَ فِيماَ رَزَقْتَناَ وَقِناَ عَذاَبَ النَّارِ

Maksudnya: Ya Allah berkatilah rezeki kami dan jauhi kami daripada azab neraka.

Gunakan tangan kanan.

Mengambil makanan yang paling hampir.

Elakkan meniup makanan atau minuman yang panas.

Elakkan berbual perkara yang tidak baik ketika sedang makan.

Tidak membazir.

Tidak mencela makanan.

Jika terlupa membaca doa makan, bacalah:  بِسْمِ اللَّهَ اَوَّلُهُ وَاَخِرُهُ

Membasuh tangan sesudah makan.

Membaca doa selepas makan

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي اَطْعَمَناَ وَسَقاَناَ وَجَعَلَناَ مُسْلِمِينَ

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta jadikan kami orang islam.