Wednesday, 13 November 2024

JADILAH ORANG YANG MENCINTAI DIRI SENDIRI

Mencintai diri sendiri merupakan sumber motivasi dan inspirasi yang dapat membantu seseorang untuk yakin dengan diri sendiri dan kuat menghadapi cabaran kehidupan sehari-hari. Mencintai diri sendiri bukanlah tindakan ego sombong, melainkan sebuah penghargaan seseorang kepada dirinya sendiri.

Mencintai diri sendiri adalah perkara utama menuju kebahagiaan hidup yang sejati. Hanya orang yang menghargai diri sendiri dan mencintai dirinya dapat melahirkan bangsa dan negara yang kuat. Apakah yang dikatakan dengan Mencintai diri sendiri? 

Pertama, Iaitu memastikan diri sendiri beriman kepada Tuhan yang sebenarnya. Adat manusia apabila ditimpa kesusahan, maka mereka mencari jalan kepada Tuhan berdoa dan berharap hidupnya dipermudahkan dan bahagia. Pernahkah anda terfikir, selama ini hidup dirundung malang kerana tersalah Tuhan ? Orang yang mencintai diri sendiri akan berusaha mengenal Tuhan yang sebenarnya, iaitu ALLAH Tuhan yang Maha Esa tiada Tuhan Lain selain ALLAH.

Kedua, Hidup ini perlu dipimpin. Seseorang yang mencintai dirinya sendiri akan berusaha untuk hidup dengan panduan kehidupan yang benar, lurus, berjaya dan penuh kebaikkan. Sejatinya manusia yang menghargai dirinya sendiri akan hidup bertemankan ajaran kitab mulia, disana terdapat banyak kitab, namun ALLAH berfirman Taurat dan Injil telah diubah Syaitan, kepada Al-Quran ALLAH berjanji kandungan nya tidak boleh diubah sesiapa pun. Oleh itu jadikanlah AL-Quran sebagai panduan hidup.

Ketiga, Orang yang mencintai dirinya sendiri akan memastikan dia mampu hidup atas kaki sendiri, tidak perlu bergantung hidup pada orang lain, bagai melukut ditepi gantang, hidup menghina pada manusia. Oleh itu hendaklah dia berusaha untuk menjadi seseorang yang mempunyai cita-cita untuk berjaya, mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, mempunyai kerjaya dan pendapatan, selanjutnya mempunyai rumah sendiri, kereta sendiri, dan wang simpanan untuk membeli baju dan makanan serta lain-lain.

Keempat, Orang yang mencintai diri sendiri hendaklah mencipta kebahagiaan dalam kehidupannya sebagaimana yang dia impikan. Anda ingin bahagia, jangan berharap orang lain membahagiakan anda. Ciptalah kebahagiaan itu untuk anda sendiri. Anda harus tahu minat anda, contohnya jika suka memasak hadirkan diri dikursus masakkan, terlibat dengan program masakkan. Anda suka menyaksikan alam, sisihkan sebahagian duit simapanan untuk perlancongan dan sebagainya.

Jadilah diri sendiri kerana Jika anda ingin menjadi orang lain, maka diri anda akan hilang dari bumi. Hargai diri sendiri, maka anda temui cinta sejati.

-Oleh Founder Najlaa


No comments:

Post a Comment