Sunday, 8 September 2024

ADAB KEPADA TUHAN, MALAIKAT DAN RASUL

Adab berasal dari perkataan Arab iaitu أدب yang memberi maksud perilaku dan perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, serta kemanusiaan. Akhlak berasal daripada perkataan أَخْلاَقٌ iaitu kata jama' daripada perkataan خُلُقٌ bererti tabiat,kelakuan, perangai, dan tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. 


ADAB KEPADA TUHAN

Adab terhadap Tuhan adalah dengan beriman kepada Allah tanpa menyekutukan Nya. Memahami akan nama, sifat dan perbuatan Tuhan tanpa perlu mengetahui Zat-Nya; tidak menyamakan-Nya dengan makhluk; mengamalkan agama-Nya dalam cara betul sebagaimana diajar Rasul-Nya; meninggalkan segala larangan serta sentiasa mencari petunjuk dan keampunan-Nya. Hendaklah sentiasa bersyukur, redha, berbaik sangka dan menyerah diri bulat-bulat kepada Allah.


ADAB KEPADA AL QURAN

Hendaklah menyentuh dalam keadaan suci tangan dan anggota tubuhnya, afdal berwudhuk. Menutup aurat. Membaca dengan khusyuk. Bermula dengan memohon perlindungan dari syaitan dan bismillahirrahmanirahim. Boleh ditambah doa penerang hati. Memahami ertinya. Membenarkan semua ayatnya. Mengambil pelajaran dan ilmu darinya dan mempraktikkan. Apabila mendengar orang membaca Al-Quran diam.Jangan menghalakan kaki kearah Al-Quran. Dan sesudah baca letak ditempat yang tinggi.


ADAB KEPADA PARA RASUL DAN PARA NABI SERTA MALAIKAT

Adab terhadap para  rasul dan para nabi serta malaikat adalah dengan benar-benar memahami kedudukan status moral mereka sebagai para utusan Allah. Martabat mereka yang tinggi, menyayangi para rasul dan para nabi serta malaikat melebihi diri kita sendiri.


No comments:

Post a Comment