FALSAFAH
Perkataan falsafah berasal daripada dua perkataan dalam bahasa Greek Kuno “philosophia”. Philos bermakna ‘cinta’ dan sophia bermakna ‘kebijaksanaan’, yang akhirnya membawa makna ‘cintakan kebijaksanaan’ (love of wisdom). Falsafah adalah bidang ilmu yang menyiasat pemikiran dan kebenaran sesuatu konsep melalui penghujahan rasional yang meneliti dari sudut andaian, implikasi dan perkaitannya. Ia dilakukan menerusi pengkajian khusus tentang hakikat dan struktur realiti (metafizik), sumber dan batasan ilmu (epistemologi), prinsip dan asas penghakiman moral (etika), dan hubungan di antara bahasa dan realiti (semantik).
Kesimpulannya, falsafah adalah pengkajian pemikiran manusia dan pengkajian yang menyiasat kebenaran sesuatu perkara. Namun kami mendapati falsafah sesuatu agama seperti Falsafah Tao, atau falsafah merujuk kepada individu yang tidak percayakan Allah sebagai Tuhan boleh membimbing manusia untuk sesat dari fitrah pemikiran dan kejadian manusia. Oleh itu, daripada kita menagungkan pemikiran-pemikiran yang tidak diunsurkan kepada Al-Quran adalah lebih baik kita kembali kepada firman Tuhan.

No comments:
Post a Comment